Sunday, August 15, 2010

Lagenda Bujang Senang


Simalungun ialah seorang pahlawan iban yang terkenal di sekitar sungai Skrang,Sarawak.Kehebatan beliau ialah sewaktu ekspedisi mengayau ( memotong kepala) musuhnya dan bukan sedikit yang terkoban di tangannya.Kehebatan beliau bukan sahaja di Sungai Skrang, tetapi juga di sungai Batang lupar.

Musuh-musuh Simalungun percaya bahawa beliau mempunyai ilmu kebal yang tidak lut perang,lalu menculik isterinya agar rahsia kekebalan Simalungun dapat diketahui.Dilema antara kebanggan dan suku dan kasih sayang,Simalungun datang ke Batang Lupar dengan harapan beliau dapat membebaskan isterinya dan membunuh penculik isterinya.Namun, isteri beliau mati ditombak sebaik dibebaskan, manakala Simalungun bermati-matian dengan musuhnya sehinggalah ditepi sungai Batang Lupar.Musuhnya telah
mengetahui kelemahan Simalungun iaitu kekebalannya musnah sekiranya taktala beliau berada di perairan sungai.Simalungu ditombak,dipanah dan disula oleh musuhnya.Mayat simalungun dan isterinya dibiarkan sehingga tenggelam dek air pasang.

Mujur para dewata yang memberi kesaktian pada Lungu sekali lagi menumpahkan magis ke atas mayatnya dan isterinya, lalu setibanya air pasang Lungu dan isterinya bertukar menjadi buaya besar yang memiliki belang putih dibelakangnya untuk menghantui keturunan pembunuhnya di sekitar Batang Lupar. Maka lahirlah Bujang Senang, seperti yang diketahui. Nama Bujang Senang sendiri dinamakan bersempena Sungai Senang, salah satu cawangan Batang Lupar dimana buaya itu sering kali dijumpai.

Tahun 1982



Bangan anak Pali telah dilantik sebagai penghulu Rumah Pali oleh pihak residen Sri Aman. Dua hari sebelum majlis pelantikan rasmi di rumah panjang mereka, beliau dan abangnya, Kebir, berhasrat untuk mencari rezeki di sekitar Batang Lupar. Menyusuri sungai ke arah hilir, mereka masuk ke kawasan Sungai Sungga, salah sebuah cabang Batang Lupar yang besar itu dan mula mencari udang. Dengan menggunakan sadak (sejenis bekas diperbuat daripada rotan), mereka menyusuri sungai yang berparas pinggang dan mencedok udang.

Hari sudah meninggi, sudahpun tengah hari. Seekor burung embuas (burung raja udang (kingfisher), dalam bahasa Iban) tiba-tiba melintas. Kebir berasa tidak sedap hati, kerana lintasan embuas bermakna sesuatu yang buruk bakal berlaku. Kebir memanggil adiknya naik ke tebing, tetapi Penghulu Bangan tetap berkeras meneruskan pencarian udang.

Penghulu Bangan mula berpaling ke arah abangnya dan meredah air separas pinggangnya apabila beliau terpijak sesuatu di dasar sungai yang keruh itu.



“Nama utai tok, baka batang… (apakah benda ini, macam batang rupanya)”


Kebir baru saja mahu membalas kata-kata adiknya apabila satu deburan kuat berdentum. Penghulu Bangan hilang dari pandangan. Beberapa saat kemudian, seekor buaya besar gigantic timbul dengan mayat Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir terus terjun dan memeluk ekor besar buaya itu demi menyelamatkan adiknya, tetapi tidak berjaya. Kebir menyedari bahawa buaya itu berbelang putih dibelakang, terus pulang ke rumah panjang dengan perkhabaran buruk

Operasi mencari berterusan selama 5 hari dengan pihak polis serta Perhilitan turut serta. Suasana sedih menyelubungi rumah panjang itu apabila mayat Penghulu Bangan dibawa pulang hanya bahagian atas sahaja. Tiada tanda-tanda buaya itu serta sisa-sisa mayat ditemui.



Itulah kebangkitan Bujang Senang dan mula diketahui umum. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan ‘Operasi Buaya Ganas’ di semua sungai-sungai besar yang berpotensi tinggi, seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.

Batang Lupar, 1984.


Badong anak Apong, dari Rumah Nyawin tidak jauh dari Sungai Stirau, Batang Lupar sedang sibuk mencedok udang apabila seekor buaya besar membaham beliau dan diperhatikan beberapa penduduk kampung. Buaya itu dilihat melambung-lambung mayat Badong sebelum menghilangkan diri di dalam sungai. Saksi berkata lebar ekor buaya itu sebesar tong dram dan ada garis putih dibelakang. Usaha diteruskan dan mayat mangsa dijumpai 2 hari kemudian tidak jauh dari tempat kejadian. Operasi memburu dijalankan lagi tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat.

Batang Lupar, 1987.



Seekor burung embuas melintas tatkala Berain anak Tungging sedang mencedok tanah liat di dasar sungai untuk menutup lubang-lubang di perahunya. Setelah siap, Berain mahu pulang ke tebing apabila seekor buaya besar menariknya ke dalam sungai dan kejadian ini disaksikan sendiri anak saudaranya. Dengan maklumat yang sama seperti sebelumnya, seluruh penduduk sekitar Batang Lupar ketakutan dengan nama Bujang Senang.



Tuai rumah (ketua rumah panjang) Rumah Tuah, Tuah anak Tunchun percaya buaya ini sememangnya Bujang Senang dan buaya yang sama membunuh adik beliau, Inchi anak Tunchun pada 1962. Beliau yakin bahawa sumpahan itu memang benar dan buaya itu ialah suatu entiti yang berhantu. Kata beliau, semua mangsa terlibat seperti adiknya, Penghulu Bangan, Badong dan Berain mempunyai pertalian langsung dan ini tidak dipertikaikan.


Menjelang 1989, banyak laporan di akhbar-akhbar tempatan memaparkan kisah kemunculan kerap buaya-buaya besar di sekitar Batang Samarahan dan Batang Sadong, seolah-olah menggambarkan sesuatu bakal berlaku. Terdapat pelbagai cerita, seperti kononnya Bujang Senang telah berada di sungai-sungai tersebut untuk melunaskan dendamnya bersama buaya-buaya lain.

Sungai Pelaban, cabang kecil Batang Lupar, 1992.

Seperti kebiasaan, keluarga Bayang akan mudik ke hulu ke arah sawah padi mereka tidak jauh di Sungai Pelaban. Air ketika itu hendak pasang, dan Dayang membantu ibunya melintasi sungai separas pinggang ke seberang, sebelum dia naik ke tebing. Abang beliau Enie Bayang sudah mula bekerja di kebun sambil ayah mereka hendak ke rumah panjang mengambil kelengkapan.



Awan kelihatan berbalam-balam. Dayang baru saja hendak naik apabila satu deburan kuat menariknya ke dalam sungai. Dayang menjerit sekuat hati dan ibunya terkejut besar apabila anak gadisnya sedang diheret seekor buaya besar. Terpekik terlolong memanggil pertolongan, orang-orang yang ada terus menerpa ke arah ibu Dayang. Abangnya bergegas dan bersama-sama rakannya terus menjalankan operasi menjejak buaya itu.


Rumah Bayang bergegar dengan berita itu, lantas turun ke sungai memburu buaya. Dayang sudah hilang dibawa buaya ke dasar sungai. Bersama-sama mereka, Mandau mula membaca mentera. Setelah lebih dua jam, Enie, abang mangsa menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.



Buaya itu kembali dan mengganas. Dengan beberapa tembakan, buaya itu tetap melawan. Oleh kerana besarnya saiz buaya itu, pasti sukar ditewaskan. Tetapi Mandau tetap bermentera dan mula membaling tombak ke kepala buaya, tetapi patah. Awan semakin gelap, air mulai surut. Buaya besar itu mula melarikan diri ke arah Batang Lupar, tetapi dihalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut sungai itu. Buaya itu terus diserang, ditembak dan ditombak. Buaya itu mengganas dan meronta-ronta sehingga pergerakannya menjadi sedikit aneh. Buaya itu berpusing dan mengelilingi puing-puing kayu seolah tahu kematiannya, dan tidak lama kemudian, buaya besar itu menemui ajalnya.



Buaya yang besar ini diangkut ke rumah panjang selama 4 jam perjalanan, dan barulah disedari dibelakangnya ada garisan putih. Inilah dia Bujang Senang yang diperkatakan, dan ramai sekali polis, Perhilitan serta wartawan datang membuat liputan. Sayangnya bangkai buaya ini dibuang begitu sahaja ke laut tanpa sebarang usaha membawa balik oleh pihak muzium, cuma kepalanya sahaja telah dibawa pulang oleh Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.


Ada yang mempertikaikan kesahihan buaya yang ditangkap, kerana ada yang berpendapat buaya itu bukanlah Bujang Senang, dan pelbagai cerita lagi. Ada sesetengah masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar mempercayai Bujang Senang masih hidup, lebih besar dan sentiasa berada di sungai itu

...........................................................................................................................................






25 comments:

  1. best gak ...tapi bujang senang masih hidup atau takk??????

    ReplyDelete
  2. Yang ditangkap bukan bujang senang kerana bujang senang duduk di bahagian bawah sungai.Dan apabila dia keluar air semua akan mengalir ke tepi kerana Bujang Senang selebar sebatang sungai yang besar

    ReplyDelete
  3. Bujang Senang hanya memakan keturunan orang yang didendaminya.Menurut cerita yang pernah aku dengar,bujang senang ini disumpah oleh Sultan Johor kerana bercinta ngan anaknya.Bujang Senang ni sebelum disumpah dan bertukar dia pun bersumpah akan memakan keturunan Sultan Johor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape pulak kena mngena johor ngn sarwak....critanya smua mngenai bangsa iban..U_U

      Delete
    2. Aok laa...Sampei Johor indah...Pa kes??

      Delete
    3. Apa kau merepek???bujamg senang itu lagenda pahlawan Iban batang lupar zaman dulu.Sumpah johor indah..😂😂

      Delete
  4. Replies
    1. Yg aku tahu bujang senang ni hnya bertapa dan mempunyai 7 guru, buaya itu hnya baju nyak utk brtapa, buaya yg seluasa sungai serawak

      Delete
  5. Bujang Senang ini bukan buaya.. Tapi Buaya Hantu..
    Bak kata org tua2 dulu.. Bujang Senang ni xkan MATI selagi dendam nya xterbalas..

    ReplyDelete
  6. Perbezaan buaya sarawak dgn buaya ditempat lain kesemua kes buaya disarawak mempunyai belang putih di bahagian tengkuk buaya tersebut.
    Memang mengikut lagenda seorang pahlawan yang mati dibunuh dan bersumpah akan membalas dendam semua kaum yg membunuh dia dan isteri dia.ia hanya sekadar lagenda tetapi memang buaya di sarawak berlainan sikit.
    Tu je yang saya faham. That all.

    ReplyDelete
  7. Perbezaan buaya sarawak dgn buaya ditempat lain kesemua kes buaya disarawak mempunyai belang putih di bahagian tengkuk buaya tersebut.
    Memang mengikut lagenda seorang pahlawan yang mati dibunuh dan bersumpah akan membalas dendam semua kaum yg membunuh dia dan isteri dia.ia hanya sekadar lagenda tetapi memang buaya di sarawak berlainan sikit.
    Tu je yang saya faham. That all.

    ReplyDelete
  8. Mcm2 la andaian,tp apa yg i tau,mgkn mmg btk2 wuhud kot bujang senang tu smpi skg..hmmm

    ReplyDelete
  9. Wujud lgi ke bujang senang tu??

    ReplyDelete
  10. bujang senang xpnh mati..kta org dia boleh mnjelmaa mnjdi mnusia tnpa kta sdar..dan crita ni xda kaitan dgn negeri lain.. slain drpd ngri Sarawak..

    ReplyDelete
  11. bujang senang xpernah mati...mengikut cerita yg sa tahu..apabila bujang senang naik kedarat dia jadi manusia..apa bila dia turun ke sungai dia jadi buaya...(xpasti betul atau tidak)...nya la cerita bala inik ngau aki kami suba...

    ReplyDelete
  12. Bujang senang ni dia unik sbb bleh bercakap bermain bola dan mkn nasi...dia idup lg skang dh pindah dk kl

    ReplyDelete
  13. bujang senang skg seorg pelakon bernama apek senario..dia menjelma menjadi manusia bernama apek senario..itu kesah sebetulnya..lu org merepak apa..hahahaha

    ReplyDelete
  14. bujang senang adelah tajuk lagu dr band wings...tp betol ke sabun joy boleh mencuci beribu2 pinggan??

    ReplyDelete
  15. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete
  16. Legeda bujang senang memang unik

    ReplyDelete
  17. Legeda bujang senang memang unik

    ReplyDelete
  18. Bole tau siapa nama isteri bujang senang?

    ReplyDelete